Hubungan Kelamin, Rahsia Wanita

Rahsia Seks Dan Subang

August 19th 2009 | Posted by dinda
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 2.00 out of 5)
Loading ... Loading ...

Menurut beberapa teks kuno yang saya telah baca, subang atau giwang telah di gunakan sebelum zaman jahiliah Arab lagi. Apa yang telah saya faham subang merupakan alat yang telah di reka oleh kaum lelaki.Mereka telah memberikan kepada wanita sebagai bahan perhiasan. Menurut kepercayaan masyarakat Arab pada cuping telinga wanita ada sebuah titik yang berkaitan dengan seks, titik tersebut jika tidak ditusuk akan memberi kesan pada keinginan seks, maknanya daya kekuatan dan keinginan seksual kaum wanita menjadi sangat luarbiasa.

Sains telah membuktikan bahawa titik ini ada dalam sistem badan manusia, terutama pada tapak kaki, tapak tangan dan cuping telinga. Hari ini titik ini berkembang menjadi sebuah teknik kesembuhan iaitu refleksologi. Jika anda peka seni kesembuhan ini anda akan dapati susur jalur keilmuan ini berasal dari timur tengah dan di kembangkan keseluruh dunia melalui kebudayaan cina.

Kaum lelaki di timur tengah sudah lama menyedari bahawa kaum wanita mempunyai selera dan kekuatan seksual yang amat luarbiasa. Jika pekara ini tidak ditangani maka kaum lelaki Arab akan menerima malu di ranjang. Maka terciptalah subang atau giwang ini. Subang atau anting-anting atau giwang ini merupakan senjata yang sangat ampuh untuk mengimbangi ghairah seksual seorang wanita.

Sebaliknya jika cuping telinga kaum lelaki di tindik ghairah seks seorang lelaki akan meningkat. Maka sebab itu kita melihat kebanyakan Raja-raja dan pembesar negeri di timur tengah mempunyai telinga yang beranting-anting. Mereka percaya dengan bertindik kemampuan seksual lelaki akan bertambah. Dan fahaman ini menular di kalangan pembesar pembesar di India. Amat mengejutkan saya kerana fahaman ini juga telah tertulis pada kitab kuno yang bertajuk Kamasutra karangan seorang punjangga India Vatsyayan.

Bila fahaman ini menular pada kaum muda pada awal 90an dahulu kita lihat lapuran dan indeks pembuangan bayi meningkat, sedangkan perkara yang sama tidak pernah kita dengar pada awal tahun 70an.

Menurut mitos kaum Arab, daya tahan tubuh kaum wanita juga di dapati melebihi dari daya tahan tubuh kaum lelaki. Pada pandangan mereka kerana daya tahan tubuh yang kuat inilah maka tuhan, hanya memberi keizinan pada kaum wanita untuk mengandung 9 bulan 10 hari. Sedangkan kaum lelaki tidak di beri keistimewaan ini.

Seorang wanita boleh bertahan lama hidup tanpa kaum lelaki. Sedangkan kaum lelakilah yang paling menderita jika hidup berjauhan dengan pasanganya.Mungkin kita boleh lihat lelaki menduda atau bujang lapok, namun dia tetap memiliki pasangan atau sahabat serta rakan taulan, yang jelas lelaki tidak dapat hidup bersendirian.

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

One Response to “Rahsia Seks Dan Subang”

commenter

semua orang tidak boleh hidup bersendirian maa..

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Comments links could be nofollow free.

Spam Protection by WP-SpamFree