Masalah Rumahtangga

Kualiti hubungan seksual suami isteri

April 27th 2009 | Posted by kanda
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Bagaimanapun kebanyakan pasangan suami isteri tatkala ini khususnya yang masih muda merasakan begitu sukar untuk melakukannya. Tuntutan kerja sedari pagi hingga petang, urusan rumah tangga yang tak pernah sudah dan juga tanggungjawab terhadap anak-anak membuatkan baik suami mahupun isteri payah meluangkan masa melakukan aktiviti bersama.

Kalau adapun niat untuk melakukannya, urusan anak sering kali menghalang hasrat tersebut. Ya lah kalau si ayah dan ibu keluar berdua siapa pula yang mahu menjaga anak-anak. Inilah yang selalu bermain dalam fikiran suami mahupun isteri.

* Dalam pada itu ada juga suami ataupun isteri yang menganggapkan kegiatan bersama ini adalah sesuatu yang remeh-temeh. la hanya layak dilakukan di awal-awal perkahwinan saja. Bila usia perkahwinan sudah meningkat ia terus dilupakan dengan alasan ‘tiada masa’. Pasangan suami isteri ini sebenarnya tidak mengetahui akan kepentingan meluangkan masa antara satu sama lain, la bukan satu proses untuk lebih mengenali pasangan masing-masing malah turut menambah unsur kasih sayang.

Selain itu aktiviti yang dilakukan berdua dengan pasangan mampu membangkitkan rasa kedekatan atau keintiman. Lebih penting, ahli terapi seksual, menegaskan kegiatan yang dilakukan berduaan akan mampu meningkatkan kualiti seks suami isteri.

* Kata mereka, dengan melakukan kegiatan berdua, satu perasaan dekat dan keintiman yang lebih akan muncul dalam diri baik suami mahupun isteri. Perkara ini seterusnya akan memberi kesan terhadap kehidupan seksual mereka.

Aktiviti seks yang dilakukan selepas suami isteri menghabiskan masa bersama dipercayai lebih mesra, asyik dan bahagia. Oleh itu semakin kerap suami isteri melakukan aktiviti bersama maka makin teballah perasaan dekat dan intim yang dirasakan dan makin berkualitilah perhubungan seksual mereka.

* Pelbagai aktiviti bersama

Ada banyak aktiviti berdua yang boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri untuk meningkatkan keintiman. Antara yang boleh dilakukan adalah keluar bersama membeli hadiah untuk pasangan, memasak atau membuat kuih bersama, menonton wayang, berjoging atau bersenam mahupun sekadar bersantai di tepian pantai.
Selain itu, pasangan juga boleh memilih untuk melakukan kerja sosial bersama seperti membantu di rumah kebajikan, rumah kanak-kanak cacat mahupun fakir miskin selepas habis waktu bekerja.

* Anda juga boleh melakukan acara belajar bersama, misalnya belajar bahasa Inggeris mahupun bahasa asing. la bukan saja dapat membantu meluaskan kemahiran berbahasa tapi yang paling penting suami isteri akan berasa lebih dekat antara satu sama lain.

Begitu juga bila suami isteri bersama-sama mendalami hal agama. Kegiatan keagamaan ini bukan saja menambah ilmu agama dan kerohanian tapi mampu menjernihkan fikiran suami isteri. la juga akan menjadi landasan untuk keduanya membentuk sebuah keluarga yang harmoni.

* Kembali berghairah

Di samping meningkatkan kualiti perhubungan seks suami isteri, aktiviti bersama dikatakan boleh membantu menyelesaikan masalah ghairah seks menurun. Perkara ini disarankan oleh pakar psikologi dan penulis buku Couple Power Therapy, Phyllis Kock Sheras.
Beliau menyarankan agar suami isteri yang mengalami masalah ini secara teratur menyisihkan masa mereka yang sibuk itu untuk bersama setiap hari. Sebagai contoh katanya jadualkan waktu makan bersama sama ada di sebelah malam mahupun ketika makan tengah hari.

*Amat penting katanya bagi pasangan suami isteri meluangkan masa berdua bagi memastikan perhubungan sentiasa harmonis. Inilah yang akan memastikan kelangsungan ghairah suami dan isteri.

Nasihatnya lagi jangan pernah menganggap remeh urusan ini, sekiranya di rumah agak sukar untuk bersama kerana gangguan sekeliling, keluarlah. Luangkan masa untuk berdua seperti waktu bercinta dulu.

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Comments links could be nofollow free.

Spam Protection by WP-SpamFree